MUKA DEPAN
LATAR BELAKANG
AHLI LEMBAGA
OBJEKTIF
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
CIRI-CIRI SKIM BIASISWA
PERJANJIAN
SEKRETARIAT
PERSATUAN PENERIMA HADIAH

   

 

JPA.GOV.MY

YAYASAN SARAWAK

 

       

 

ciri-ciri skim biasiswa  


 
  • Pihak Lembaga akan mengeluarkan iklan pada masa-masa yang tertentu sahaja setiap tahun serta menjemput mereka yang layak untuk memohon biasiswa ini;
     
  • Semua permohonan akan diproses dan dipertimbangkan dengan dasar bahawa pemohon itu mestilah mempunyai kelayakan dan syarat untuk masuk ke universiti atau maktab dan mengikuti satu kursus ijazah atau telahpun mempunyai ijazah atau diploma asas untuk mengambil ijazah atau diploma lanjutan yang berkenaan;
     
  • Hanya calon-calon yang permohonan mereka disenaraitapis akan dihubungi untuk ditemuduga oleh ahli-ahli Jawatankuasa Kecil Temuduga/Pemilihan;
     
  • Pemohon mestilah terlebih dahulu berusaha mencari tempat pengajiannya sendiri. Bagi mereka yang telah memohon tempat pengajian tetapi masih menunggu jawapan, permohonan mereka akan diberi pertimbangan dengan syarat bahawa pengajian itu bermula pada tahun yang sama dengan masa biasiswa itu ditawarkan.
     
  • Pemohon yang berjaya akan ditanggungkan perbelanjaan pengajiannya oleh Yayasan yang merangkumi yuran, elaun sara hidup serta tambang pergi balik ke tempat pengajian.

 

 

© Copyright YAYASAN SARAWAK. All rights reserved.
The site is best viewed with IE 5+ and above with screen resolution set at 800 x 600 pixels.