Sempena Perayaan Ulang Tahun Ke-20 Sarawak Merdeka dalam
Malaysia pada tahun 1983, Dewan Undangan Negeri Sarawak, pada 10
November 1982, telah meluluskan Rang Undang-Undang penubuhan
Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman;-Tunku Abdul Rahman
Sarawak Scholarship Foundation Ordinance No. 11 Tahun 1982
Yayasan yang mengambil sempena nama Yang Teramat Mulia
Al-Marhum Tunku Abdul Rahman ini adalah untuk mengenang jasa,
kepimpinan dan peranan beliau yang jujur dan ikhlas di dalam
mewujudkan kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia ini akan
memberi kesedaran dan dorongan kepada generasi muda supaya
mencontohi semangat, sifat kejujuran dan mutu kepimpinan Bapa
Malaysia kita yang dikasihi itu.
|